Titik permulaan

Rumah pertama anda

Tahniah atas keputusan anda untuk membeli hartanah pertama. Ia merupakan permulaan komitmen yang baru ke arah pemilikan aset.
Adanya anda di halaman ini bermakna anda serius untuk membeli hartanah pertama anda. Penting bagi pihak kami untuk merancang dengan sebaiknya bagi melancarkan proses pembelian hartanah anda.

Hartanah adalah terlindung terhadap inflasi kerana kajian telah menunjukkan bahawa harga hartanah semakin naik dari masa ke masa dan waktu terbaik untuk anda mulakan pemilikan hartanah adalah secepat yang mungkin.

Hartanah yang anda beli dengan harga RM200,000 pada tahun 2000 berkemungkinan besar bernilai sekali ganda pada tahun ini. Walaubagaimanapun, penting untuk memastikan yang anda bersedia untuk mengambil komitmen terbaru ini dan kami berharap anda boleh meneliti laman web ini dan memahami lebih lanjut tentang skim kerajaan seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang telah dicipta untuk membantu anda membeli hartanah pertama.

Untuk memahami lebih lanjut dengan kelayakan pembiayaan, sila klik di sini untuk penggunaan Debt-Service-Ratio (DSR) kalkulator kami.

Senarai Semak Pembeli Rumah Pertama

1. Bersikap positif

Pembelian rumah pertama boleh menjadi proses yang menggusarkan bagi kebanyakkan orang, kerana ini adalah kali pertama anda membuat pembelian komitmen jangka panjang. Oleh itu, sangat penting untuk ada corak pemikiran yang betul sebelum masuk ke pasaran hartanah. Ramai orang terlepas peluang untuk mendapatkan hartanah kerana sentiasa menunggu momen 'hartanah yang tepat' atau 'waktu yang tepat'.

2. Buat kajian

Pelbagai sumber yang anda boleh dapati di atas talian pada zaman internet ini untuk anda mengumpul sebanyak maklumat yang boleh bagi anda membuat keputusan yang tepat. Semak dan buat ujian jika anda layak untuk mendapatkan mana-mana skim kerajaan sebagai pembeli rumah pertama. Ada beberapa skim seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang membolehkan anda mendapat pembiayaan sehingga 110% dan tiada wang pendahuluan diperlukan.

3. Tahu bajet anda

Sangat penting untuk mengetepikan kos yang terlibat dalam pembelian hartanah seperti duti setem, yuran guaman, yuran bank dan lain-lain di samping bayaran pendahuluan. Berita baiknya ialah terdapat banyak pemaju dan skim di luar sana yang menawarkan insentif yang besar untuk membantu anda membayar kos-kos tersebut. Selain itu anda mungkin juga ingin menggunakan Debt Service Ratio (DSR) kalkulator kami untuk mengetahui anggaran kemampuan pinjaman anda untuk menentukan harga maksimum rumah yang anda mampu dan komitmen pembayaran balik bulanan anda. Dan ingatlah juga untuk mengetepikan anggaran untuk pemindahan seperti kos perabot dan kelengkapan rumah dan mempertimbangkan kos perbelanjaan sara hidup bulanan anda.

4. Mulakan perjalanan mencari hartanah anda

Sekarang anda boleh melangkah ke pasaran hartanah dan mencari hartanah yang betul dengan yakin. Anda mungkin ingin mencari hartanah dalam senarai hartanah kami. Sekiranya anda memerlukan pertolongan dalam perkara di atas, bahagian sokongan kami bersedia membantu untuk memberi panduan mengenai pilihan pembiayaan hartanah. Perlukan bantuan? Kirimkan mesej kepada kami dan kami berbesar hati untuk membantu.